Sunday, March 27, 2011
Bagaimana cara mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas?
1. Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna.
2. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-paru.
3. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa kanak-kank pintar cerdas.
4. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa.
5. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang.
6. Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya.
7. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan, bunga). Biasanya koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik.
8. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain.
9. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah.
10. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.
Elizabeth Drews ( 1961 ), salah seorang penyelidik terkenal tentang kanak-kanak pintar cerdas pernah menyatakan “ It’s immoral to squander a child’s time on what he really knows “ (adalah tidak bermoral untuk membazirkan masa kanak-kanak dengan memaksa mereka mempelajari apa yang mereka sudah tahu ) kerana kecerdasan mereka telah menguasai apa yang kanak-kanak lain sedang bersusah payah untuk mempelajari.
Seorang lagi pakar dalam bidang ini mengatakan “There is nothing so unequal as the equal treatment of unequals “ ( Borlond, 1989 ). Equal tidak semestinya sama tetapi itulah yang sering diamalkan dalam bilik darjah apabila murid pintar cerdas dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatau yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya. dipaksa mengikuti kurikulum pada kadar kecepatan yang sama dengan murid-murid lain sedangkan mereka dapat menguasai dengan kadar kecepatan yang lebih laju dan bersedia maju ke hadapan, menaiki tangga yang lebih tinggi dan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah berbanding murid-murid lain di dalam bilik darjahnya.
Kata-kata George Bernard Shaw ( 1965 ) mungkin sesuai disebut di sini “ Take to get what you like or you will be forced to like what you get “ yang bermaksud kita perlu berusaha atau melakukan sesuatu untuk mendapat apa yang kita suka kerana kalau tidak kita terpaksa menyukai apa yang diberikan kepada kita . Ini menunjukkan bagaimana murid pintar cerdas terpaksa menerima apa saja dalam situasi pembelajaran mereka.
kepintaran lagi....
· Merujuk kepada daya kognitif dan keupayaan intelek seseorang (Cicero); menyelesaikan masalah, membuat akal hujah dan merenung kembali.
· Kepintaran mempunyai 3 aspek (14 pakar psikologi);
1. Kemahiran praktikal menyelesaikan masalah; berupaya berfikir secara logik, jelas dan melihat masalah dari pelbagai sudut.
2. Keupayaan verbal; cakap dengan jelas, banyak perbendaharaan kata dan luas pembacaan
3. Kemahiran sosial; pandai bergaul dan mengakui akan sebarang kesilapan.
· Kepintaran merupakan kemampuan asas yang mempengaruhi setiap aspek keberkesanan kognitif; mampu menyelesai, menganalisa dan menjawab sebarang masalah.
· Kepintaran memiliki pelbagai kemampuan kognitif dan bukanya satu. (J.P. Guilford);
1. Operasi mental atau proses berfikir
2. Isi atau apa yang kita fikirkan
3. Produk iaitu hasil terakhir pemikiran kita
KEPINTARAN MENURUT ROBERT STERNBERG
· Kepintaran tidak boleh diukur berdasarkan ujian IQ.
· Kepintaran terbahagi kepada tiga:
1. Kepintaran komponential – kemampuan verbal yang baik
2. Kepintaran pengalaman – mempunyai kaitan dengan kreativiti dalam menyelesaikan sebarang masalah.
3. Kepintaran kontektual – kemampuan untuk berfungsi di dalam situasi-situasi bermasyarakat setiap hari
Kepintaran?
Apakah itu kepintaran? Persoalan yang sering kita tertanya-tanya. Adakah pelajar yang dapat menyiakan kerja dengan lebih awal boleh didefinisikan sebagai pintar?adakah pelajar yang meunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam pembelajaran juga boleh dikategorikan sebagai pintar? Kepintaran adalah keupayaan individu untuk mengatasi masalah harian(Alloport, 1937), memahami, membuat pertimbangan dan taakulan yang baik (Binat, 1916). Selain itu kepintaran dapat diukur dalam ujian kepintaran (Boring, 1950) dan adalah kebolehan semlajadi (Burt, 1954). Definisi kepintaran ini juga adalah integrasi fungsi-fungsi yang tinggi dan kompleks dalam otak (Clark, 1985), menggunakan kognisinya dengan berkesan bagi memenuhi tuntutan kehidupan harian. Individu yang pintar juga dapat membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial (Piaget, 1950). Individu yang berkeupayaan utnuk bertindak secara bermatlamat, berfikir secara rasional dan menguruskan persekitaran dengan berkesan juga dikategorikan sebagai pintar (Weshler, 1958). Namun, definisi yang paling kerap dirujuk ialah yang diolah oleh Stenberg (1950) yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai perngetahuan danmaklumat tentang dunia dan kebolehan menggunakan pengetahuan tersebut.