Sunday, March 27, 2011

Situasi

Sememangnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, guru-guru memang ingin murid-muridnya sentiasa pintar dan cerdas. Namun di dalam situasi bilik darjah yang terdiri daripada pelbagai jenis kebolehan murid , murid pintar cergas ini boleh menganggu situasi pembelajaran di dalam kelas.
Contoh: Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu mendahului kawan-kawannya dari segi menjawab soalan, membuat latihan, menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Apa yang pasti, sememangnya sukar juga juga mengawal tindak tanduknya di dalam kelas yang selalu jauh ke depan meninggalkan kawan-kawannya yang lemah atau sederhana.

Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial :-
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
• Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model.
• Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas
• Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah, mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu
• Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh.
• Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika ada di kalangan murid-murid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik.
• Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment