Sunday, March 27, 2011

Bagaimana memastikan kanak-kanak ini dapat adaptasi diri mereka dengan kanak-kanak lain?

Seperti murid-murid lain, murid pintar cerdas juga memerlukan tiga perkara iaitu kasih sayang, pencapaian dan aspirasi. Pertolongan dari ibu bapa juga diperlukan bukan hanya dari guru semasa di sekolah.

Mengikut Suradi Salim ( 1996 ) menyatakan terdapat beberapa objektif bimbingan dan kaunseling bagi murid pintar cerdas seperti berikut :-
1. Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara.
2. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain
3. Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras dengan kebolehan, bakat dan minat.
4. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan.
5. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan murid lain.
6. Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain dengan sifat dan kebolehan mereka.
7. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka memenuhi keperluan hidup mereka.
8. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang.
9. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan
10. Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.
Kesemua objektif di atas adalah untuk menghasilkan kemajuan murid pintar cerdas dari segi akademik serta melayan mereka agar rasa gembira memiliki kelebihan sendiri tanpa memandang rendah terhadap kebolehan murid-murid yang sebaya dengannya yang mungkin memiliki kekurangan berbanding kebolehan yang ada pada dirinya.

No comments:

Post a Comment