· Merujuk kepada daya kognitif dan keupayaan intelek seseorang (Cicero); menyelesaikan masalah, membuat akal hujah dan merenung kembali.
· Kepintaran mempunyai 3 aspek (14 pakar psikologi);
1. Kemahiran praktikal menyelesaikan masalah; berupaya berfikir secara logik, jelas dan melihat masalah dari pelbagai sudut.
2. Keupayaan verbal; cakap dengan jelas, banyak perbendaharaan kata dan luas pembacaan
3. Kemahiran sosial; pandai bergaul dan mengakui akan sebarang kesilapan.
· Kepintaran merupakan kemampuan asas yang mempengaruhi setiap aspek keberkesanan kognitif; mampu menyelesai, menganalisa dan menjawab sebarang masalah.
· Kepintaran memiliki pelbagai kemampuan kognitif dan bukanya satu. (J.P. Guilford);
1. Operasi mental atau proses berfikir
2. Isi atau apa yang kita fikirkan
3. Produk iaitu hasil terakhir pemikiran kita
KEPINTARAN MENURUT ROBERT STERNBERG
· Kepintaran tidak boleh diukur berdasarkan ujian IQ.
· Kepintaran terbahagi kepada tiga:
1. Kepintaran komponential – kemampuan verbal yang baik
2. Kepintaran pengalaman – mempunyai kaitan dengan kreativiti dalam menyelesaikan sebarang masalah.
3. Kepintaran kontektual – kemampuan untuk berfungsi di dalam situasi-situasi bermasyarakat setiap hari
No comments:
Post a Comment