Sunday, March 27, 2011

Kepintaran?

Apakah itu kepintaran? Persoalan yang sering kita tertanya-tanya. Adakah pelajar yang dapat menyiakan kerja dengan lebih awal boleh didefinisikan sebagai pintar?adakah pelajar yang meunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam pembelajaran juga boleh dikategorikan sebagai pintar? Kepintaran adalah keupayaan individu untuk mengatasi masalah harian(Alloport, 1937), memahami, membuat pertimbangan dan taakulan yang baik (Binat, 1916). Selain itu kepintaran dapat diukur dalam ujian kepintaran (Boring, 1950) dan adalah kebolehan semlajadi (Burt, 1954). Definisi kepintaran ini juga adalah integrasi fungsi-fungsi yang tinggi dan kompleks dalam otak (Clark, 1985), menggunakan kognisinya dengan berkesan bagi memenuhi tuntutan kehidupan harian. Individu yang pintar juga dapat membuat adaptasi pada persekitaran fizikal dan sosial (Piaget, 1950). Individu yang berkeupayaan utnuk bertindak secara bermatlamat, berfikir secara rasional dan menguruskan persekitaran dengan berkesan juga dikategorikan sebagai pintar (Weshler, 1958). Namun, definisi yang paling kerap dirujuk ialah yang diolah oleh Stenberg (1950) yang menyatakan bahawa individu yang mempunyai perngetahuan danmaklumat tentang dunia dan kebolehan menggunakan pengetahuan tersebut.

No comments:

Post a Comment